Visitors

Wednesday, October 20, 2010

Aku redha dengan hakikat ini..


Ketika mengambil wuduk baru2 ni...aku terimbas kembali akan suatu kejadian yang merubah hidup aku 1-2 tahun yang dulu..
Seperti biasa , sebelum solat aku akan mengambil wuduk (memang la kan).Tapi pada pagi itu ,setiap kali hendak mengambil wuduk secara duduk aku akan mengalami kesukaran yang amat dan amat sukar untuk diri ini bernafas. Aku mula merasa cemas..apakah punca semua ini?..adakah paru- paruku bermasalah.Aku mula terbayang wajah isteri dan keluargaku..adakah ajal aku semakin tiba?..Aku langsung tidak berharta ,apa kah yang aku patut wariskan kepada mereka?
Solatku tidak berapa khusyuk.Ya Allah..amat berat sekali dugaan ini.Adakah hatiku membengkak?.adakah paru-paruku menguncup..bermacam2 persoalan terlintas di benak fikiranku.Tapi jiwa ku agak kental, walaupun bersedih di atas ketentuan ini..tidak setitik pun air mata mengalir di pipi ini..
Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan kawanku yang merupakan seorg doktor perubatan.Pagi itu , amat dirasakan sekali kesayuan yang mengetuk jiwa ini.Aku redha akan apa jua yang bakal dikatakan oleh kawan ku itu.Aku tak boleh melawan ketentuanNya.ya Allah..tabahkanlah hatiku ini..
Aku amat pelik dengan kawan aku ni.Aku hanya duduk di kerusi ,dan kawanku telah tahu masalah penyakit ku ni .Hanya dua soalan yang terucap dari bibir beliau iaitu " Bro , kau dah kahwin berapa lama?". " dah 2 tahun dah ", balasku ringkas. " Anak dah berapa?"..soalan itu membuat aku terkedu.Apa maksud semua ini?Adakah esok atau lusa?..Menyedari air muka ku berubah , kawan aku terus berkata :

" Bro..kau ni baru 2 tahun kahwin , tapi perut mcm orang dah kahwin 5 tahun dan ada anak 5 .Ko tu dah boroi tahu tak..B.O.R.O.I!!!.Sebab tu ko tak leh ambil wuduk secara duduk .Perut kau tu dah kembang semangkuk dah !"

Dengan tidak semena - mena , kesunyian yang melingkari bilik itu dipecahkan oleh gelak ketawa macam pontianak ( kawan aku tu sedikit lembut ) dan ketawa yang terputus-putus ( aku lah tu ,kan aku ada semput ).
Sekarang, kini dan selamanya aku redha dengan hakikat yang aku telah menjadi boroi..biar boroi , asal bahagia..

5 comments:

  1. Tetiba ja aku teringat hg dok bckp dpn kelas masa form4 dulu psl henfon....... hahaha.... aku gelak sampai krem perut... muahaha....

    ReplyDelete
  2. wah wah wah.. hepi blogging!!! hehehe psl nuffnang tuh, letak ler iklan.. untung nasib dapat la singgi dua.. so far sy dah pernah cash in sekali, nih tgh duk mengumpul lagi nih.. moral dia, bukan senang nk dapat duit free2.. hehehe

    ReplyDelete
  3. asmar:Woit.igt aku sorang jer yg terigt pasal
    benda tu.Henfon yg boleh masuk air.Ha..ha

    k wan : Ye ker?..he..he.X perlah,sebagai passive
    income.he..he

    ReplyDelete
  4. Punya la kusyuk dengar masa tu... dah la muka buat kering... rupa2 henfon air minuman.... waduh.,.. hahaha....

    ReplyDelete
  5. e-she, i think you read Mastika too much

    ReplyDelete