Visitors

Thursday, November 5, 2015

ntah apa apa ntah



Semenjak aku dah habis master dan kerja di KL, aku dapat rasakan hidup aku makin tertekan dan rasa sangat monotonus.hari2 buat benda yang sama berulang2.amat membosankan.Aku merasakan tahun terakhir aku berada di Kelantan adalah lebih menyeronokkan dan lebih bahagia walaupun aku tak menerima satu sen pun gaji selama setahun tu.nak tahu kenapa?meh aku tulis


  1. Kos hidup di Kelantan tak berapa tinggi berbanding di KL ni.KL ni semua nak duit.nak berak pun guna duit.Makanan mahal tak bererti sedap.Nak cari makanan sedap kena bayar tol lah bagai.Silap2 kena tempuh jem berjam2.boleh mampus hypoglycemic jadinya.
  2. Tahun terakhir aku di Kelantan,aku buat attachment di sebuah jabatan di sebuah hospital besar di kelantan.Berada di sini aku rasa aku amat dihargai,di layan bagai ahli kelurga mereka sendiri.Boss yang baik,staff yang sporting,..malah aku dibenarkan untuk membuat sendiri pembedahan dari kes yang amat mudah hinggalah ke amat sukar dan berisiko tinggi.Ini mebuatkan aku lebih teruja untuk bekerja.Walaupun aku tidak dibayar elaun oncall,aku tetap join OT emergency yg of course,selalu buat tgh malam buta.Aku amat rindu untuk bekerja di sini semula.Malah untuk gazzetment, ketua jabatan amat galakkan utk aku dtg ke sini tapi aku terpaksa lupakan niat itu buat sementara waktu di atas beberapa sebab yg biarlah aku sj yg tahu
  3. Nak cari makanan sedap di Klate ni mmg senang.x payah pg jauh2,murah dan agak berpatutan.Korang tau tak,kt kl ni,mmg menjadi dilema yg amat besar bagi aku untuk cari mknan sedap bila fikir ttg jem dan bayaran tol yg berganda tu...puihhh
Aku rindukan utk buat pembedahan..aku rindukan utk dgr ucapan terima kasih dari pesakit aku..aku rindukan untuk bergelak ketawa di dalam OT.Aku rindu utk tgk darah.aku rindu utk ubah muka orang,aku rindu untuk ambil tulang pinggul tempek kt gusi.Skrg ni pun,klu aku tertekan,sorg2 lah rasa..sorg2lah tanggung.x tahulah sampai bila aku mampu tanggung semua ni.yg membuatkan aku masih bertahan di sini adalah para pelajarku.aku mmg suka ajar org walaupun aku bodoh x pandai mcm org lain...

Monday, December 2, 2013

Time machine@ mesin masa




Semenjak dua menjak ni,kualiti kesihatan emosi aku agak boleh dipersoalkan.Dan aku tahu , kalau benda ni berlaku..silap2 kualiti kesihatan fizikal aku pun turut terjejas , tapi memang pun.Semalam buat kesilapan bodoh , pagi ni waktu nak pergi kerja sikit lagi nak sondol frontier.Tapi yang paling epik , aku boleh tak nampak suis lampu surau waktu nak solat magrib tadi.Ada lebih kurang 10 minit jugalah melilau tapi tak jumpa.so just harap lampu dari kawasan pompuan.Then tgh syok solat,lamu kena tutup..dem,smbhyg dlm gelaplah.Then bila dah setel solat ..baru nampak suis tu betul2 tepi pintu.Gila la.....

Kalaulah aku diberi mesin masa, aku tak akan memilih jalan yang aku tempuhi sekarang.Jauh dari famili , kerja tanpa gaji , hidup sorang2 di tempat orang.memang siksa wey.Biarlah aku x jadi pakar pun , janji dapat hidup dekat dengan famili , terutama dengan isteri yang amat aku sayang.Memang gila bila aku sempat hidup bersama dengan bini 2 minggu jer sebelum amalkan PJJ ni , selama 6 TAHUN!!.Jumpa 2-3 bulan sekali.Tapi alhamdulillah , jodoh kami kuat dan aku bersyukur sangat2.

Biarlah hanya sebagai pegawai biasa , kerja boring ,tapi bila balik rumah dapat duduk dengan keluarga.

Tapi apakan daya..jalan ini telah aku pilih.nak tak nak , terpaksa aku teruskan sambil mengharapkan yang terbaik.Yang tak faham , teruskan mengata , teruskan mencemuh

Sunday, December 1, 2013

What a shame!!!



On this very sunday i've done a very silly mistake.I'm not ashamed to admit my mistake but this is really absurd.All this while i've never thought this will happen.till now,i'm still looking for the reasons why i'm being so stupid...i can't forgive my self for this..

Wednesday, October 30, 2013

Selamat Jalan , Sayonara ,ilalliqa'



Hari ni hari khamis iaitu 31 Oktober 2013.Hari ni juga merupakan hari yang mana akan berlakunya perpisahan .Dan bagi sesetengah orang , setiap perpisahan akan diiringi dengan air mata dan disulami dengan sanubari yang hiba.



Mungkin detik sebelum lunch hour hari ni ,adalah merupakan detik terakhir aku bersama Ahmad ,Amir, Wani ,Jaclyn ,Wafa , Asma , Juli , Gee , dan Pipah .Dan selepas detik ini, semuanya akan membawa haluan masing2 di tempat baru.Sama ada kita akan bersua atau tidak selepas ini ,biarlah masa yang tentukan.
Apa yang mampu aku tuturkan  adalah agar korang jangan lupa apa yang telah ditempuhi sepanjang 6 bulan berada di sini.Semua pengalaman pahit manis masam,jadikanlah sebagai bekalan ditempat baru.Setiap kenangan yang kalian cipta di sini, biarlah dilupa jangan..sematkan lah hingga ke penghujung nyawa..

Suatu hari di kala kita duduk di tepi pantai
dan memandang ombak di lautan yang kian menyepi
burung camar terbang bermain di derunya angin
suara alam ini hangatkan jiwa kita

sementara sinar surya perlahan mulai tenggelam
suara gitarmu mengalunkan melodi tentang cinta
ada hati mebara erat bersatu
getar seluruh jiwa tercurah saat itu

Kemesraan ini janganlah cepat berlalu
kemesraan ini ingin ku kenang selalu
hatiku damai jiwaku tentram di sampingmu
hatiku damai jiwaku tentram bersamamu

sementara sinar surya perlahan mulai tenggelam
suara gitarmu mengalunkan melodi tentang cinta
ada hati membara erat bersatu
getar seluruh jiwa tercurah saat itu

Kemesraan ini janganlah cepat berlalu
kemesraan ini ingin ku kenang selalu
hatiku damai jiwaku tentram di sampingmu
hatiku damai jiwaku tentram bersamamu



Selamat jalan.......Ahmad ,Amir, Wani ,Jaclyn ,Wafa , Asma , Juli , Gee , dan Pipah



Sunday, May 1, 2011

Tanpa tajuk..


Pagi ini hatiku terdetik,
Patutkah aku teruskan perjalanan ini,
Lepaskan apa yang aku impikan,
Leraikan ikatan juangku yang semakin longgar,biar terus terhapus..biar langsung lebur

Getar -getar ghairahku semakin resah,
Membuatku terkesima di dalam bingung,
Makin meretakkan konkrit mindaku,
Sungguh ku mengharap suatu penamatan,
Apa mungkin Tuhan sudah tetapkan...ia hanya sampai di sini?

Entahlah......