...kadang kala kita terpaksa merangkak walaupun sebenarnya berdaya untuk berjalan..
Visitors
Sunday, April 10, 2011
Cinta Istimewa:Abang tidak boleh hidup tanpa Zah....
Zah ,
Dah 3 bulan zah tinggalkan abang.Selama 3 bulan itulah abang kesunyian dan hanya bertemankan airmata.Abg rindukan belaian Zah, senyuman Zah , asam pedas ikan pari yang Zah selalu masak untuk abg.Abg lemah tanpa Zah..jiwa abg kosong..Zah tentu taukan betapa mendalamnya cinta abg pada zah?..abg pasti zah amat mengerti perasaan abg pada zah.
kucupan pertama abg ke dahi zah selepas kita sah menjadi suami isteri.Zah terus mengalirkan air mata.Abg masih ingat akan detik ini ....
Zah,
Dulu ingat tak,zah tak pernah melawan cakap abg walaupun sekali .Zah amat menghormati abang sebagai suami.Abg tahu abg seorang yang kuat marah,termasuk pada zah..walaupun bukan zah yang buat silap.Ketenangan dan kesabaran zah..membuatkan abg malu pada diri sendiri.Sebelum abg bangun pagi,zah dah siapkan nasi lemak untuk sarapan.Abang belum ambil wuduk ,zah dah bentangkan sejadah.Ketika abg diserang demam denggi hari tu ,Zah amat setia temankan abg..kadang2 zah lupa makan dan minum.Alasan zah," Bang , zah takutlah tinggal sorang2 kat rumah tu"..abang tahu , zah tipu abg.Abg tahu...zah sangat risaukan abg..
Zah,
sekarang mak ada kat hospital ampang..buah pinggang mak makin kronik.sampai skrg belum ada penderma.Abg buntu zah.Kos pembedahan mahal sgt zah..dekat lima puluh ribu.Semalam achik dapat tawaran ke universiti.Abg gembira sgt2..tapi abg tak mampu nak tanggung pendahuluannya,zah.Abg buntu..sangat buntu zah..sebenarnya,abg telah diberhentikan kerja dan tak mungkin abg mampu teruskan tugas abg sebagai pendidik lagi.
Zah,
Abg masih ingat pesanan terakhir sebelum zah pejamkan mata.Zah suruh abg cari pengganti zah.Abg tak mungkin mampu tunaikan permintaan zah itu.Sehingga kini..cinta abg untuk zah.Dan dari hari ke hari..perasaan itu semakin mendalam walaupun zah berada di dunia lain.
Zah,
Abg ingin sangat bertemu dengan zah..walaupun di alam mimpi.Abg terlalu rindukan zah..rindu sangat2.Abg tak mampu untuk menghadapi kehidupan ini bersendirian tanpa zah..Abg teringin nak jumpa zah .Abang nak temankan zah di alam sana..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment