Visitors

Wednesday, October 20, 2010

Aku redha dengan hakikat ini..


Ketika mengambil wuduk baru2 ni...aku terimbas kembali akan suatu kejadian yang merubah hidup aku 1-2 tahun yang dulu..
Seperti biasa , sebelum solat aku akan mengambil wuduk (memang la kan).Tapi pada pagi itu ,setiap kali hendak mengambil wuduk secara duduk aku akan mengalami kesukaran yang amat dan amat sukar untuk diri ini bernafas. Aku mula merasa cemas..apakah punca semua ini?..adakah paru- paruku bermasalah.Aku mula terbayang wajah isteri dan keluargaku..adakah ajal aku semakin tiba?..Aku langsung tidak berharta ,apa kah yang aku patut wariskan kepada mereka?
Solatku tidak berapa khusyuk.Ya Allah..amat berat sekali dugaan ini.Adakah hatiku membengkak?.adakah paru-paruku menguncup..bermacam2 persoalan terlintas di benak fikiranku.Tapi jiwa ku agak kental, walaupun bersedih di atas ketentuan ini..tidak setitik pun air mata mengalir di pipi ini..
Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan kawanku yang merupakan seorg doktor perubatan.Pagi itu , amat dirasakan sekali kesayuan yang mengetuk jiwa ini.Aku redha akan apa jua yang bakal dikatakan oleh kawan ku itu.Aku tak boleh melawan ketentuanNya.ya Allah..tabahkanlah hatiku ini..
Aku amat pelik dengan kawan aku ni.Aku hanya duduk di kerusi ,dan kawanku telah tahu masalah penyakit ku ni .Hanya dua soalan yang terucap dari bibir beliau iaitu " Bro , kau dah kahwin berapa lama?". " dah 2 tahun dah ", balasku ringkas. " Anak dah berapa?"..soalan itu membuat aku terkedu.Apa maksud semua ini?Adakah esok atau lusa?..Menyedari air muka ku berubah , kawan aku terus berkata :

" Bro..kau ni baru 2 tahun kahwin , tapi perut mcm orang dah kahwin 5 tahun dan ada anak 5 .Ko tu dah boroi tahu tak..B.O.R.O.I!!!.Sebab tu ko tak leh ambil wuduk secara duduk .Perut kau tu dah kembang semangkuk dah !"

Dengan tidak semena - mena , kesunyian yang melingkari bilik itu dipecahkan oleh gelak ketawa macam pontianak ( kawan aku tu sedikit lembut ) dan ketawa yang terputus-putus ( aku lah tu ,kan aku ada semput ).
Sekarang, kini dan selamanya aku redha dengan hakikat yang aku telah menjadi boroi..biar boroi , asal bahagia..

Tuesday, October 19, 2010

Staf:Kuli ,orang suruhan atau...


Salam..aku bukan nak promote mek2 kat atas tu,apatah lagi carikan jodoh utk diorang..all are taken!! . Diorang ni staf aku kat tempat kejer.
Bagi aku , staf bawahan adalah suatu "entiti' yang amat penting dalam sesuatu organisasi.Diorang perlukan layanan yang sepatutnya..bukan terlalu baik.Juga bukan terlalu kejam.Diorang ni pelaksana apa yang dirancang.Bos tahu mengarah jer .Banyak juga aku jumpa di mana staf bawahan dianggap sebagai kuli , sampai terlambat buat kopi untuk bos pun kena marah!!
Aku harap bila dah jadi bos nanti ( kalau ada rezeki ) , aku jadi seorang bos yg baik...walaupun bukan baik sangat..
Anak buaya menari nari,
Sampai patah gigi,
Tanpa kamu siapalah kami ,
Kamilah si sang penilai SKT ,

Pau; Kuih atau perbuatan?

Anak ada duit?..pakcik lapar ni
Dapat kuih pau pun jadilah...

Pau..lapar plak bila ingat kuih pau..tapi bila diri yang naif ini, dipau..terus hilang selera makan..gambar2 nie aku amek waktu nak pergi bandar...kesian kat pakcik ni .Menjalankan aktiviti mengepau tengah panas..
2 hari lalu aku kena pau depan rumah oleh 2 orang makcik yang champion..mana ada orang berani pau depan rumah,makcik2 ni jer,,he..he
Waktu aku belajar kat KL dulu,,selalu juga kena pau,siap tahap nak buang aku kat sungai kalau tak bagi..Kurang asam betul!! taulah aku waktu tu slim dan ramping!!! kudrat tak kuat!!!
Kesimpulanya,kalau ada orang nak pau anda..jangan bagi duit,takut duit itu di gunakan di jalan tidak diredhai.Sebaliknya,bagilah kuih pau..lagi kenyang!!