Visitors

Friday, March 25, 2011

Rumah ku di nodai kesuciannya



Hari ni hari Jumaat( ketika artikel ini ditulis)..penghulu segala hari.Tapi hari ni amat malang bagi ku..Pagi- pagi lagi dah kena diarrhea sampai lenguh kaki ku mencangkung.Dah habis" membuang" tibalah pula aktiviti "menambah (mencekik )"..buka jer pintu pagar..surprise!!!!

Anak2 jiran datang membawa kek..birthday aku rupanya hari ni. Sweetlah bebudak ni!!..Stop..stop.Helo,korang percaya ke apa aku tulih ni..he..he.Dalam mimpi jer lah aku nak dapat semua ni.Actually apa yang berlaku adalah..jeng..jeng..jeng

Meter air aku kena curik!.skali dgn batang paip.Lantai simen siap kena pecah tu!!.Mari kita zoom in

Setelah aku sumbat dengan kayu..tenang je jadinya.Adui..kaget gua jadinya.Buntu kejap..So,aku pergi solat Jumaat dulu baru pk mcmana nak handle situasi ni.
Lepas solat Jumaat , aku dan member aku pergi balai polis buat report.Lepas menumpang makan di rumah beliau ( my second lunch..he..he) aku mula menjadi McGyver dan inilah hasilnya..

Hebatkan!? ala- ala McDonald gitu..kenapa aku cakap McD? x percaya? cuba-acu -try-test gambar kt bawah ni..
Kan sama tu!!..tetiba perut rasa lapar la plak.Anyhow ,alhamdulillah malam tu adalah air masuk ke tangki umah aku hasil daripada usaha mcgyver aku ni..he..he.Bolehlah buat cuci2 badan yer tak.Kali ni masuk kali ke 2 rumah aku dinodai.Beberapa minggu yang lalu penutup tangki najis aku kena rembat.Macam takder benda lain nak curi..mmm.kadang2 terlintas nak pelihara binatang supaya boleh jaga rumah aku ni..walaupun tiada barang berharga di dalamnya.Aku ada 2 pilihan iaitu:

















So..korang nak aku pilih mana?..he..he

4 comments:

  1. org sekarang x takut binatang yg kau pilih tu sham , walaupun rotweiller sekalipun, so sy cadangkan peliharalah seekor harimau!

    ReplyDelete
  2. ok gak idea tu..tp maintenance tinggi la..

    ReplyDelete
  3. kurt:aku x nak masuk neraka wei..

    ReplyDelete