Visitors

Wednesday, February 23, 2011

Berdikari:Diri ini menjadi lebih kuat

Berdikari melipat baju

Berdikari:Berdiri di atas kaki sendiri.Aku suka hidup berdikari.Sebab kita boleh menjadi diri sendiri dan tidak menjadi seperti lalang.Kita boleh ada prinsip hidup sendiri.Yes of course,kita memang perlu bantuan dari orang lain tapi biarlah berpada-pada.Katakanlah di suatu ketika,bantuan tidak diperolehi..apa akan jadi?Senang cakap aku bagi satu contohla..tayar kereta pancit dan perlu ditukar.Kita boleh cakap..oh aku banyak duit ,cantik seksi serta badan solid molid..gerenti akan ada pomen atau mana2 mamat boleh tolong tukar tayar punyalah.Tapi katakanlah tayar kita bocor waktu malam dan kawasan sunyi serta takder line tepon dan takda mamat2 yang sudi tolong sebab takut ko tu pontianak yang menyamar jadik pompuan cantik?..apa nak buat?..buat bodoh ke?lu pikirlah sendiri beb.


Satu contoh lagi.Kita nak minta tolong orang masak untuk kita di kenduri kawen misalnya..of course kita ada cita rasa sendiri.nak kurang garam ke gapo..tapi boleh ke kita nak control orang lain yang bantu kita tu?nak cakap bagi garam kurang..santan lebih etc.Silap2 haribulan orang tu kecik hati beb!.So,nak tak nak terpaksa lah kita korbankan kemahuan diri sendiri..dan menipu diri sendiri.Betul tak kawan2?

Berdikari memotong sayur

Berdikari juga boleh membantu kita menjadi lebih kuat dan bermaruah.Taklah kita ikut je apa orang lain cakap walaupun kita tahu orang tu bengap do'oh.Kita boleh jadi diri sendiri,dan tak mudah dipijak kepala oleh orang lain macam lembu.
Untuk berdikari pun tak boleh membabi buta.Ada keperluanya:

1.Ilmu pengetahuan yang tinggi
2.Keyakinan diri tahap gaban
3.Berani tanggung risiko
4.Sentiasa ada plan B,C,D....

Pendek kata..marilah kita semua hidup berdikari supaya kita jadi kuat dan tak mudah tewas kepada masalah.Dan pada masa yang sama,kita boleh memperbaiki kelemahan diri sendiri



p/s:timer kasih pada zura sebab membenarkan anak beliau menjadi model pada entry kali ni..he..he

Monday, February 14, 2011

Makan nasi paku di Kota Bharu:Tekak tak luka ker?

Kali ni entri aku pasal makanan lagik..nak buat macamana kan..hidup untuk makan.Bagi korang yang agak skeptikal,nasi paku mungkin bererti nasi berlaukkan pucuk paku..betul tak?..Anda semua salah.Meh , aku bawa korang jale2 caghi pasa kak so restoran ni..



Ha..ni dia.Nasi sumatera Hj Ismail.Actually restoran ni milik tokey cina tapi makanan di sediakan oleh Hj Ismail ni lah ( or the pekerja2).Korang boleh tengok ada mcm struktur bola pingpong...he..he.Restoran ni terkenal dek Nasi paku special.Aku dah berpuluh kali makan nasi paku tapi alhamdulillah takder satu paku pun yang terlekat di leher..nok tahu bakpo?.Scroll down please!!



Jeng..jeng.Surprise uols!!!.paku tu bukan sebagai lauk..tapi sebagai pengganti gelang getah!!..he..he.Tapi apa2 pun agak unik gitew,uols.Korang nak tahu apa dalam bungkusan ni?..jangan terkejut adik kakak yer


Nah..ambek ko!! Lauk aku adalah ( ikut putaran jam yer adik2): Begedil , telur pedas , telur ikan , taugeh , timun dan yang paling terbaek dari ladang adalah otak lembu masak gulai..itu,tok leh miss tu.Kuah nya plak adalah segala bapak jenis kuah yang ado kat situ.Ada jugak member2 yang claim lepas makan kt sini,rasa mengantuk semacam.tapi setakat ini,alhamdulillah aku tetap segar bugar dan hisham yang dahulu


Aku nak ambil gambar lauk pauk dier tapi tak berani sgt..sebak gapo?Biasolah..ore niago ke.Mano tahu set2 ni tok suko sangak rahsio terbongkar.Lauk yang aku nampak hari tu adalah seperti berikut :
1. Daging krutuk
2. Sotong masak sambal
3.Udang goreng besar ( Rm 15 seekor!!)
5.Paru2 lembu goreng
6.Telur ikan gulai
7. Hati dan limpa lembu

dan mcm2 lagilah..x larat tangan aku nak naip ni.Tapi korang nampok dok,pekerja kedai ni tengah cucuk paku kat kertas tu?..tak dapat bayangkan kalau kena kat tengkuk Cik Ponti..he..he


Abe ni mulonyo tok sey nok gambor..tapi biasalah kan..aku guna ayat power terus dia setuju.Aku panggil dia abe come sebaknyo muko mace budok2.he..he.Dier ni one of the workers yg agak glamer kat sini sebab pernah masuk paper you.Kira aku tumpang glamer dier lah ni.


So agak2nya.korang mesti dah tahu kenapa berat badan aku naik mendadak sejak menjadi warga Kelantan ni ( ye ker?)

Saturday, February 12, 2011

Restoran ekslusif vs gerai tepi jalan



Menu : Char Koey Teow Special
Air : Jus epal gelas canggih
Tempat : Restoran yg agak cool ( utk remaja) dan agak ekslusif
yg ada wifi , design cantik, ada astro
Masa menunggu : 10-15 minit
Penilaian : 1/10 ( uweeekk!!)

Ulasan : Sorry guys , aku bukan nak menghina makanan tapi aku mcm nak bom je kedai tu.What the mangkuk hayun apa kejadahnya benda ni dipanggil Char Koey Teow special?Aku tak kisah if tak sedap,,cuma benda alah ni langsung takder rasa mcm CKT! Kalau rupa hodoh pun tapi rasa ok..aku boleh accept.Korang nak tahu kuah dia rasa apa? Rasa sos cili yang dah diluted 10000x!!.Apa kejadahnya CKT letak lettuce?
Aku harap tolonglah sangat2 tokey kedai ni revise menu2 dia..Ko nak tunggu my idol Gordon Ramsay datang ke baru nak masak betul2?
Tentang air?..aku order jus epal..korang tahu macamana rasanya?..cuba korang amek epal hijau,potong kepada 12 bahagian secara menegak.Kemudian amek 1 bahagian dan blend.Then masukkan kedalam gelas besar ( lebih kurang 500 ml) then tambah air kosong sampai melimpah ruah..cuba korang minum!!

Menu : Cotek beserta kari tulang dan sambal bilis
Air : Teh Beng ( kaw giler !!)
Tempat : Restoran tepi jalan.
Masa menunggu : 2 minit
Penilaian : 11/10 ( Terbaek wook!)

Ulasan : Hati aku yg panas telah diubati dengan hidangan ini.Benda ni aku rasa ada kat kelantan jer.Aku x nak komen banyak2 sebab kalau barang baik..orang akan tahu sendiri.Korang nak rasa ..korang datang ke negeri Kelantan ni