...kadang kala kita terpaksa merangkak walaupun sebenarnya berdaya untuk berjalan..
Visitors
Monday, December 2, 2013
Time machine@ mesin masa
Semenjak dua menjak ni,kualiti kesihatan emosi aku agak boleh dipersoalkan.Dan aku tahu , kalau benda ni berlaku..silap2 kualiti kesihatan fizikal aku pun turut terjejas , tapi memang pun.Semalam buat kesilapan bodoh , pagi ni waktu nak pergi kerja sikit lagi nak sondol frontier.Tapi yang paling epik , aku boleh tak nampak suis lampu surau waktu nak solat magrib tadi.Ada lebih kurang 10 minit jugalah melilau tapi tak jumpa.so just harap lampu dari kawasan pompuan.Then tgh syok solat,lamu kena tutup..dem,smbhyg dlm gelaplah.Then bila dah setel solat ..baru nampak suis tu betul2 tepi pintu.Gila la.....
Kalaulah aku diberi mesin masa, aku tak akan memilih jalan yang aku tempuhi sekarang.Jauh dari famili , kerja tanpa gaji , hidup sorang2 di tempat orang.memang siksa wey.Biarlah aku x jadi pakar pun , janji dapat hidup dekat dengan famili , terutama dengan isteri yang amat aku sayang.Memang gila bila aku sempat hidup bersama dengan bini 2 minggu jer sebelum amalkan PJJ ni , selama 6 TAHUN!!.Jumpa 2-3 bulan sekali.Tapi alhamdulillah , jodoh kami kuat dan aku bersyukur sangat2.
Biarlah hanya sebagai pegawai biasa , kerja boring ,tapi bila balik rumah dapat duduk dengan keluarga.
Tapi apakan daya..jalan ini telah aku pilih.nak tak nak , terpaksa aku teruskan sambil mengharapkan yang terbaik.Yang tak faham , teruskan mengata , teruskan mencemuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment