...kadang kala kita terpaksa merangkak walaupun sebenarnya berdaya untuk berjalan..
Visitors
Friday, March 25, 2011
Rumah ku di nodai kesuciannya
Hari ni hari Jumaat( ketika artikel ini ditulis)..penghulu segala hari.Tapi hari ni amat malang bagi ku..Pagi- pagi lagi dah kena diarrhea sampai lenguh kaki ku mencangkung.Dah habis" membuang" tibalah pula aktiviti "menambah (mencekik )"..buka jer pintu pagar..surprise!!!!
Anak2 jiran datang membawa kek..birthday aku rupanya hari ni. Sweetlah bebudak ni!!..Stop..stop.Helo,korang percaya ke apa aku tulih ni..he..he.Dalam mimpi jer lah aku nak dapat semua ni.Actually apa yang berlaku adalah..jeng..jeng..jeng
Meter air aku kena curik!.skali dgn batang paip.Lantai simen siap kena pecah tu!!.Mari kita zoom in
Setelah aku sumbat dengan kayu..tenang je jadinya.Adui..kaget gua jadinya.Buntu kejap..So,aku pergi solat Jumaat dulu baru pk mcmana nak handle situasi ni.
Lepas solat Jumaat , aku dan member aku pergi balai polis buat report.Lepas menumpang makan di rumah beliau ( my second lunch..he..he) aku mula menjadi McGyver dan inilah hasilnya..
Hebatkan!? ala- ala McDonald gitu..kenapa aku cakap McD? x percaya? cuba-acu -try-test gambar kt bawah ni..
Kan sama tu!!..tetiba perut rasa lapar la plak.Anyhow ,alhamdulillah malam tu adalah air masuk ke tangki umah aku hasil daripada usaha mcgyver aku ni..he..he.Bolehlah buat cuci2 badan yer tak.Kali ni masuk kali ke 2 rumah aku dinodai.Beberapa minggu yang lalu penutup tangki najis aku kena rembat.Macam takder benda lain nak curi..mmm.kadang2 terlintas nak pelihara binatang supaya boleh jaga rumah aku ni..walaupun tiada barang berharga di dalamnya.Aku ada 2 pilihan iaitu:
So..korang nak aku pilih mana?..he..he
Wednesday, March 9, 2011
Gambar Rahsia Hati
Cute kan gambar budak kat atas tu?..he..he.Tapi terus teranglah..ini bukan gambar mana2 awek.ini hanya sekadar lakaran.Potret ini bukanlah gambar dalam erti kata sebenarnya..tapi merupakan lukisan di atas sebuah beg kertas.Aku jumpa ketika berkemas2 untuk meninggalkan sekolah menengah lepas habis SPM( MRSM Balik Pulau ,Penang)...aku rasa tahun 1997 kot.he..he.Terpandang jer lukisan ini..hati aku terdetik untuk menyimpannya.Hati kecil ini sungguh kuat mengatakan..gambar ini cuba untuk memberi tahu sesuatu kepada aku.Ntah apa dia pun aku x tahu.So..gambar ni terus tersimpan gitu jer sehinggalah tahun 1999 aku terjumpa balik gambar ni.Terpandang jer gambar ni..aku dah mula tahu apa yang budak ni cuba bagitahu aku.Ikutilah nukilan aku kat bawah ni yer kawan2:
" Gadis yang berjaya dalam hidupnya.Kelihatan tenang dan ceria.Mungkin tak siapa yang menyangka gadis ini sering menghadapi masalah.Sering menghadapi ejekan rakan-rakan, dihina pensyarah ,gagal dalam peperiksaan.Menyebabkan dia sering di ejek dan dipandang rendah oleh orang sekeliling.Semuanya kerana oleh prinsip hidupnya yang sukar di fahami.Dia mengakui prinsip yang dipegang kadang kala menyusahkan dirinya tetapi dia tahu apa yang dia buat.Dia tidak dapat menafikan yang dia pernah leka dan lalai dengan rakannya yang sentiasa inginkan hiburan dan akhirnya keseronokan dan hiburan itulah yang membenamkannya ke dunia kegagalan.Dia segera insaf.Sebagai pelajar,dia hanya perlu belajar.Itulah tanggungjawab mutlaknya.Baginya, keseronokan boleh dinikmati setelah berjaya.Dia rela berkorban itu semua demi kejayaannya.Dia juga sedar,keseronokan dan hiburan waktu remaja hanya bersifat sementara.
Setelah bermacam dugaan yang ditempuhi,akhirnya kejayaan yang diimpikan tercapai,,walaupun bukan dengan cara yang mudah seperti orang lain.Dia percaya ,jalan ke arah kejayaan bukan semestinya ditaburi dengan bunga.Dia tidak pernah kecewa dengan kegagalannya yang lalu.Baginya,usaha untuk memperbaikinya itulah yang lebih penting.Dengan syarat kesilapan itu tidak akan diulangi lagi.Dia tidak pernah menganggap kejayaan orang lain itu merupakan halangan bagi dirinya untuk berjaya.
Bagi dirinya lagi,kejayaan yang dikecapi sekarang bukan hak mutlaknya.Dia mampu dan patut untuk merasa bangga kerana dia telah membahagiakan keluarganya.Ayah,mak dan adik-adiknya juga berbangga atas kejayaanya itu.Dia merupakan contoh terbaik untuk adik-adiknya yang masih bersekolah.Prinsipnya cuma satu:Jika kita fikirkan cara kita itu cara yang terbaik untuk diri kita,teruskanlah.Jangan pedulikan orang lain.Orang lain mencaci cara kita mungkin kerana cemburu akan kejayaan kita yang mungkin menjelma..."
Perrgh..panjang gila.Di bawah ini aku sertakan salinan asal nukilan aku tew
Waktu ni rasanya aku belum reti guna komputer..dan belum memiliki komputer lagi waktu tu..so aku guna type writer jer la.ha..ha..
Aku harap gambar dan naskah asal nukilan aku ni akan tersimpan rapi supaya anak2 serta keturunan aku dapat menatapnya.Hati kecil aku kuat mengatakan bahawa nukilan aku ni akan kekal relevan sampai bila-bila.he..he
Subscribe to:
Posts (Atom)