Semenjak aku dah habis master dan kerja di KL, aku dapat rasakan hidup aku makin tertekan dan rasa sangat monotonus.hari2 buat benda yang sama berulang2.amat membosankan.Aku merasakan tahun terakhir aku berada di Kelantan adalah lebih menyeronokkan dan lebih bahagia walaupun aku tak menerima satu sen pun gaji selama setahun tu.nak tahu kenapa?meh aku tulis
- Kos hidup di Kelantan tak berapa tinggi berbanding di KL ni.KL ni semua nak duit.nak berak pun guna duit.Makanan mahal tak bererti sedap.Nak cari makanan sedap kena bayar tol lah bagai.Silap2 kena tempuh jem berjam2.boleh mampus hypoglycemic jadinya.
- Tahun terakhir aku di Kelantan,aku buat attachment di sebuah jabatan di sebuah hospital besar di kelantan.Berada di sini aku rasa aku amat dihargai,di layan bagai ahli kelurga mereka sendiri.Boss yang baik,staff yang sporting,..malah aku dibenarkan untuk membuat sendiri pembedahan dari kes yang amat mudah hinggalah ke amat sukar dan berisiko tinggi.Ini mebuatkan aku lebih teruja untuk bekerja.Walaupun aku tidak dibayar elaun oncall,aku tetap join OT emergency yg of course,selalu buat tgh malam buta.Aku amat rindu untuk bekerja di sini semula.Malah untuk gazzetment, ketua jabatan amat galakkan utk aku dtg ke sini tapi aku terpaksa lupakan niat itu buat sementara waktu di atas beberapa sebab yg biarlah aku sj yg tahu
- Nak cari makanan sedap di Klate ni mmg senang.x payah pg jauh2,murah dan agak berpatutan.Korang tau tak,kt kl ni,mmg menjadi dilema yg amat besar bagi aku untuk cari mknan sedap bila fikir ttg jem dan bayaran tol yg berganda tu...puihhh