Visitors

Thursday, November 5, 2015

ntah apa apa ntah



Semenjak aku dah habis master dan kerja di KL, aku dapat rasakan hidup aku makin tertekan dan rasa sangat monotonus.hari2 buat benda yang sama berulang2.amat membosankan.Aku merasakan tahun terakhir aku berada di Kelantan adalah lebih menyeronokkan dan lebih bahagia walaupun aku tak menerima satu sen pun gaji selama setahun tu.nak tahu kenapa?meh aku tulis


  1. Kos hidup di Kelantan tak berapa tinggi berbanding di KL ni.KL ni semua nak duit.nak berak pun guna duit.Makanan mahal tak bererti sedap.Nak cari makanan sedap kena bayar tol lah bagai.Silap2 kena tempuh jem berjam2.boleh mampus hypoglycemic jadinya.
  2. Tahun terakhir aku di Kelantan,aku buat attachment di sebuah jabatan di sebuah hospital besar di kelantan.Berada di sini aku rasa aku amat dihargai,di layan bagai ahli kelurga mereka sendiri.Boss yang baik,staff yang sporting,..malah aku dibenarkan untuk membuat sendiri pembedahan dari kes yang amat mudah hinggalah ke amat sukar dan berisiko tinggi.Ini mebuatkan aku lebih teruja untuk bekerja.Walaupun aku tidak dibayar elaun oncall,aku tetap join OT emergency yg of course,selalu buat tgh malam buta.Aku amat rindu untuk bekerja di sini semula.Malah untuk gazzetment, ketua jabatan amat galakkan utk aku dtg ke sini tapi aku terpaksa lupakan niat itu buat sementara waktu di atas beberapa sebab yg biarlah aku sj yg tahu
  3. Nak cari makanan sedap di Klate ni mmg senang.x payah pg jauh2,murah dan agak berpatutan.Korang tau tak,kt kl ni,mmg menjadi dilema yg amat besar bagi aku untuk cari mknan sedap bila fikir ttg jem dan bayaran tol yg berganda tu...puihhh
Aku rindukan utk buat pembedahan..aku rindukan utk dgr ucapan terima kasih dari pesakit aku..aku rindukan untuk bergelak ketawa di dalam OT.Aku rindu utk tgk darah.aku rindu utk ubah muka orang,aku rindu untuk ambil tulang pinggul tempek kt gusi.Skrg ni pun,klu aku tertekan,sorg2 lah rasa..sorg2lah tanggung.x tahulah sampai bila aku mampu tanggung semua ni.yg membuatkan aku masih bertahan di sini adalah para pelajarku.aku mmg suka ajar org walaupun aku bodoh x pandai mcm org lain...

Monday, December 2, 2013

Time machine@ mesin masa




Semenjak dua menjak ni,kualiti kesihatan emosi aku agak boleh dipersoalkan.Dan aku tahu , kalau benda ni berlaku..silap2 kualiti kesihatan fizikal aku pun turut terjejas , tapi memang pun.Semalam buat kesilapan bodoh , pagi ni waktu nak pergi kerja sikit lagi nak sondol frontier.Tapi yang paling epik , aku boleh tak nampak suis lampu surau waktu nak solat magrib tadi.Ada lebih kurang 10 minit jugalah melilau tapi tak jumpa.so just harap lampu dari kawasan pompuan.Then tgh syok solat,lamu kena tutup..dem,smbhyg dlm gelaplah.Then bila dah setel solat ..baru nampak suis tu betul2 tepi pintu.Gila la.....

Kalaulah aku diberi mesin masa, aku tak akan memilih jalan yang aku tempuhi sekarang.Jauh dari famili , kerja tanpa gaji , hidup sorang2 di tempat orang.memang siksa wey.Biarlah aku x jadi pakar pun , janji dapat hidup dekat dengan famili , terutama dengan isteri yang amat aku sayang.Memang gila bila aku sempat hidup bersama dengan bini 2 minggu jer sebelum amalkan PJJ ni , selama 6 TAHUN!!.Jumpa 2-3 bulan sekali.Tapi alhamdulillah , jodoh kami kuat dan aku bersyukur sangat2.

Biarlah hanya sebagai pegawai biasa , kerja boring ,tapi bila balik rumah dapat duduk dengan keluarga.

Tapi apakan daya..jalan ini telah aku pilih.nak tak nak , terpaksa aku teruskan sambil mengharapkan yang terbaik.Yang tak faham , teruskan mengata , teruskan mencemuh

Sunday, December 1, 2013

What a shame!!!



On this very sunday i've done a very silly mistake.I'm not ashamed to admit my mistake but this is really absurd.All this while i've never thought this will happen.till now,i'm still looking for the reasons why i'm being so stupid...i can't forgive my self for this..

Wednesday, October 30, 2013

Selamat Jalan , Sayonara ,ilalliqa'



Hari ni hari khamis iaitu 31 Oktober 2013.Hari ni juga merupakan hari yang mana akan berlakunya perpisahan .Dan bagi sesetengah orang , setiap perpisahan akan diiringi dengan air mata dan disulami dengan sanubari yang hiba.



Mungkin detik sebelum lunch hour hari ni ,adalah merupakan detik terakhir aku bersama Ahmad ,Amir, Wani ,Jaclyn ,Wafa , Asma , Juli , Gee , dan Pipah .Dan selepas detik ini, semuanya akan membawa haluan masing2 di tempat baru.Sama ada kita akan bersua atau tidak selepas ini ,biarlah masa yang tentukan.
Apa yang mampu aku tuturkan  adalah agar korang jangan lupa apa yang telah ditempuhi sepanjang 6 bulan berada di sini.Semua pengalaman pahit manis masam,jadikanlah sebagai bekalan ditempat baru.Setiap kenangan yang kalian cipta di sini, biarlah dilupa jangan..sematkan lah hingga ke penghujung nyawa..

Suatu hari di kala kita duduk di tepi pantai
dan memandang ombak di lautan yang kian menyepi
burung camar terbang bermain di derunya angin
suara alam ini hangatkan jiwa kita

sementara sinar surya perlahan mulai tenggelam
suara gitarmu mengalunkan melodi tentang cinta
ada hati mebara erat bersatu
getar seluruh jiwa tercurah saat itu

Kemesraan ini janganlah cepat berlalu
kemesraan ini ingin ku kenang selalu
hatiku damai jiwaku tentram di sampingmu
hatiku damai jiwaku tentram bersamamu

sementara sinar surya perlahan mulai tenggelam
suara gitarmu mengalunkan melodi tentang cinta
ada hati membara erat bersatu
getar seluruh jiwa tercurah saat itu

Kemesraan ini janganlah cepat berlalu
kemesraan ini ingin ku kenang selalu
hatiku damai jiwaku tentram di sampingmu
hatiku damai jiwaku tentram bersamamu



Selamat jalan.......Ahmad ,Amir, Wani ,Jaclyn ,Wafa , Asma , Juli , Gee , dan Pipah



Sunday, May 1, 2011

Tanpa tajuk..


Pagi ini hatiku terdetik,
Patutkah aku teruskan perjalanan ini,
Lepaskan apa yang aku impikan,
Leraikan ikatan juangku yang semakin longgar,biar terus terhapus..biar langsung lebur

Getar -getar ghairahku semakin resah,
Membuatku terkesima di dalam bingung,
Makin meretakkan konkrit mindaku,
Sungguh ku mengharap suatu penamatan,
Apa mungkin Tuhan sudah tetapkan...ia hanya sampai di sini?

Entahlah......




Sunday, April 10, 2011

Cinta Istimewa:Berakhirnya kisah ini





Emak dah selamat dibedah..syukurlah.Tetapi achik amat buntu bila memikirkan akan along yang sejak semalam tidak muncul..padahal achik dah sms along emak akan menjalani pembedahan sebab dah ada buah pinggang.

Achik tahu,semenjak kematian kak zah 3 bulan lalu ,along terus berubah . Along dah tak macam dulu sepertimana yang achik kenali. Menyendiri,menangis tanpa henti setiap hari adalah teman setia along.Ratapan di atas kematian kak zah seolah-olah menjadi puisi syahdu buat along.Achik sedih sangat.Bukan saja along..malah emak dan achik juga amat menyayangi kak zah.Kak zah baik , cantik , hormat emak.Namun barah hati telah membawanya pergi menghadap Ilahi.Kebahagiaan achik sekeluarga bagaikan direntap begitu saja...
Lamunan achik dikejutkan oleh sapaan Dr Hisham,,pakar bedah yang bertanggungjawab ke atas mak. " Intan,ni ada surat untuk awak.Maaf sebab agak lewat saya berikan ini untuk awak"tuturnya seraya meninggalkan saya bersendirian.Achik membuka surat itu dan rasanya dia mengenali tulisan tangan yang menghiasi warkah itu..

" Achik..maafkan along.Along tak dapat menemani emak di hospital..along dah berada di sisi kak zah kau sekarang.Ini yang along impikan sejak pemergian dia.along sunyi sangat chik..terlalu sunyi.Kak zah adalah nyawa along..along cintakan dia sangat2.Maafkan along sebab tak bagitau yang dia memang menghidap barah hati sebelum kami berdua bersatu.Namun along tak kisah..kami dah berjanji sehidup semati ...ini yang kami dambakan..
Maafkan along sekali lagi..along sengaja berlumba motor dengan harapan along cepat bertemu dengan k zah.Along tahu apa yang along buat ni berdosa tapi apakan daya along..harap Allah perkenankan keampunan pada along.Jangan terkejut ..kerana di saat achik membaca warkah ini,along telah tiada lagi di dunia ini.Namun along akan sentiasa berada di sisi emak dan achik .Along terlalu sayang kamu berdua tapi along tak boleh hidup tanpa kak zah..insan yang paling along sayang..

Sekian

dari abang mu...along"

" Intan...sebenarnya insan berhati mulia yang sanggup mendermakan buah pinggang pada mak awk adalah abang awak sendiri.Dan kos pembedahan ini ditanggung oleh insuran kematian abang awak.Abang awak meninggal dunia semalam bila motornya dilanggar kereta yang datang dari arah depan.Maafkan saya ,Intan.Abang awak dah rancang semua ini lama dah...tapi saya tak boleh bagitau sebab janji saya dengan dia..maafkan saya Intan" Kata-kata Dr Hisham menghancurkan perasaan achik.Dia tak tahu apa yang perlu dia tuturkan..dia menjadi kelu.Apa yang dia perlu beritahu pada mak nanti? Namun di sudut hatinya..inilah yang terdetik

" Along..terima kasih.Achik terharu akan keluhuran hati along ..tapi kenapa along ambil langkah terburu buru macam ni?kami sayang along tau tak?.kami sayang along sangat2.."

Terdetik juga di hatinya agar impian along tercapai.Baginya ini adalah sebuah kisah percintaan yang amat suci dan kudus walaupun along dan kak zah hanya sempat hidup bersama 2 bulan .Ini adalah kisah Cinta Istimewa . Air mata terus mengalir lesu membasahi pipi achik


" semoga along berbahagia dengan kak zah di alam sana.."

Cinta Istimewa:Abang tidak boleh hidup tanpa Zah....




Zah ,

Dah 3 bulan zah tinggalkan abang.Selama 3 bulan itulah abang kesunyian dan hanya bertemankan airmata.Abg rindukan belaian Zah, senyuman Zah , asam pedas ikan pari yang Zah selalu masak untuk abg.Abg lemah tanpa Zah..jiwa abg kosong..Zah tentu taukan betapa mendalamnya cinta abg pada zah?..abg pasti zah amat mengerti perasaan abg pada zah.

kucupan pertama abg ke dahi zah selepas kita sah menjadi suami isteri.Zah terus mengalirkan air mata.Abg masih ingat akan detik ini ....


Zah,
Dulu ingat tak,zah tak pernah melawan cakap abg walaupun sekali .Zah amat menghormati abang sebagai suami.Abg tahu abg seorang yang kuat marah,termasuk pada zah..walaupun bukan zah yang buat silap.Ketenangan dan kesabaran zah..membuatkan abg malu pada diri sendiri.Sebelum abg bangun pagi,zah dah siapkan nasi lemak untuk sarapan.Abang belum ambil wuduk ,zah dah bentangkan sejadah.Ketika abg diserang demam denggi hari tu ,Zah amat setia temankan abg..kadang2 zah lupa makan dan minum.Alasan zah," Bang , zah takutlah tinggal sorang2 kat rumah tu"..abang tahu , zah tipu abg.Abg tahu...zah sangat risaukan abg..

Zah,
sekarang mak ada kat hospital ampang..buah pinggang mak makin kronik.sampai skrg belum ada penderma.Abg buntu zah.Kos pembedahan mahal sgt zah..dekat lima puluh ribu.Semalam achik dapat tawaran ke universiti.Abg gembira sgt2..tapi abg tak mampu nak tanggung pendahuluannya,zah.Abg buntu..sangat buntu zah..sebenarnya,abg telah diberhentikan kerja dan tak mungkin abg mampu teruskan tugas abg sebagai pendidik lagi.

Zah,
Abg masih ingat pesanan terakhir sebelum zah pejamkan mata.Zah suruh abg cari pengganti zah.Abg tak mungkin mampu tunaikan permintaan zah itu.Sehingga kini..cinta abg untuk zah.Dan dari hari ke hari..perasaan itu semakin mendalam walaupun zah berada di dunia lain.

Zah,
Abg ingin sangat bertemu dengan zah..walaupun di alam mimpi.Abg terlalu rindukan zah..rindu sangat2.Abg tak mampu untuk menghadapi kehidupan ini bersendirian tanpa zah..Abg teringin nak jumpa zah .Abang nak temankan zah di alam sana..



Saturday, April 2, 2011

Laptop Apple baru ku..feewwiiit!!!













Terbaek wook!!..itu jerlah yang aku mampu lafazkan bila nampak org guna laptop Apple.x kisahlah Mac Book ke, Mac Book Pro ke, Mac Book Pro Air ker.Sebab bagi aku hanya org berduit saja yg mampu memiliki gadget mcm tu.Kalau ada iPhone ..lagilah malatop adik kakok!!
Lepas satu -satu member aku tukar laptop ke jenama Apple..Ini x boleh jadi!!!.tercabar kelakian aku beb!!..Dan pada masa yang sama aku mula merasa rendah diri ( sebab guna laptop Acer cikai jer).













Gambar kiri tu semua member2 satu batch dengan aku.Majoriti diorang sekarang guna laptop Apple!!!.Gambar sebelah kanan tu member aku gak..tgklah laptop dier tu jenis apa..mantop!!
Nafsu aku untuk memiliki Mac Book Pro semakin meluap-luap jadinya!!
( untuk mengatasi inferiority complex aku ni)..kui..kui


Ni lah laptop aku skrg.Jenis cokia jer..Acer.Aku pun dah x bernafsu tgk laptop aku ni.Addooi..sakit mata aku.Tapi paham2 jerla,,laptop Apple bukan murah.Paling kurang kena ada rm4k.Ok lah..aku try usha dulu kat kedai komputer 2nd hand.Why 2nd hand? tak kisahlah beb janji ada lambang Apple .So,baru aku setaraf dengan member2 aku ye tak? kat mana nak cari ek?..Haaa!!!kat Mydin kubang kerian kan ada kedai komputer.Mana tahu nasib aku..

Sah!!!memang ada bende yang aku cari kat Mydin.Wow..serius beb.Rasa best sangat macam di syurga rasanya.Sekarang aku dah setaraf dengan Hairul, Yany ,Kak Jid , Kak Maznah & Kak Sakinah (sila rujuk gambar di atas kiri).Malam tu aku tak dapat tidur malam beb..tak sangka harapan aku utk memiliki laptop Apple tercapai jua akhirnya.Ni gambarnya:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaa!! Laptop Apple ku!! Apple Fuji ( ni yang cari kt Mydin ni he..he.) lagi uols!! mana nak cari kan



p/s:Inferiority Complex ini adalah rekaan semata2.he..he.

Friday, March 25, 2011

Rumah ku di nodai kesuciannya



Hari ni hari Jumaat( ketika artikel ini ditulis)..penghulu segala hari.Tapi hari ni amat malang bagi ku..Pagi- pagi lagi dah kena diarrhea sampai lenguh kaki ku mencangkung.Dah habis" membuang" tibalah pula aktiviti "menambah (mencekik )"..buka jer pintu pagar..surprise!!!!

Anak2 jiran datang membawa kek..birthday aku rupanya hari ni. Sweetlah bebudak ni!!..Stop..stop.Helo,korang percaya ke apa aku tulih ni..he..he.Dalam mimpi jer lah aku nak dapat semua ni.Actually apa yang berlaku adalah..jeng..jeng..jeng

Meter air aku kena curik!.skali dgn batang paip.Lantai simen siap kena pecah tu!!.Mari kita zoom in

Setelah aku sumbat dengan kayu..tenang je jadinya.Adui..kaget gua jadinya.Buntu kejap..So,aku pergi solat Jumaat dulu baru pk mcmana nak handle situasi ni.
Lepas solat Jumaat , aku dan member aku pergi balai polis buat report.Lepas menumpang makan di rumah beliau ( my second lunch..he..he) aku mula menjadi McGyver dan inilah hasilnya..

Hebatkan!? ala- ala McDonald gitu..kenapa aku cakap McD? x percaya? cuba-acu -try-test gambar kt bawah ni..
Kan sama tu!!..tetiba perut rasa lapar la plak.Anyhow ,alhamdulillah malam tu adalah air masuk ke tangki umah aku hasil daripada usaha mcgyver aku ni..he..he.Bolehlah buat cuci2 badan yer tak.Kali ni masuk kali ke 2 rumah aku dinodai.Beberapa minggu yang lalu penutup tangki najis aku kena rembat.Macam takder benda lain nak curi..mmm.kadang2 terlintas nak pelihara binatang supaya boleh jaga rumah aku ni..walaupun tiada barang berharga di dalamnya.Aku ada 2 pilihan iaitu:

















So..korang nak aku pilih mana?..he..he

Wednesday, March 9, 2011

Gambar Rahsia Hati




Cute kan gambar budak kat atas tu?..he..he.Tapi terus teranglah..ini bukan gambar mana2 awek.ini hanya sekadar lakaran.Potret ini bukanlah gambar dalam erti kata sebenarnya..tapi merupakan lukisan di atas sebuah beg kertas.Aku jumpa ketika berkemas2 untuk meninggalkan sekolah menengah lepas habis SPM( MRSM Balik Pulau ,Penang)...aku rasa tahun 1997 kot.he..he.Terpandang jer lukisan ini..hati aku terdetik untuk menyimpannya.Hati kecil ini sungguh kuat mengatakan..gambar ini cuba untuk memberi tahu sesuatu kepada aku.Ntah apa dia pun aku x tahu.So..gambar ni terus tersimpan gitu jer sehinggalah tahun 1999 aku terjumpa balik gambar ni.Terpandang jer gambar ni..aku dah mula tahu apa yang budak ni cuba bagitahu aku.Ikutilah nukilan aku kat bawah ni yer kawan2:

" Gadis yang berjaya dalam hidupnya.Kelihatan tenang dan ceria.Mungkin tak siapa yang menyangka gadis ini sering menghadapi masalah.Sering menghadapi ejekan rakan-rakan, dihina pensyarah ,gagal dalam peperiksaan.Menyebabkan dia sering di ejek dan dipandang rendah oleh orang sekeliling.Semuanya kerana oleh prinsip hidupnya yang sukar di fahami.Dia mengakui prinsip yang dipegang kadang kala menyusahkan dirinya tetapi dia tahu apa yang dia buat.Dia tidak dapat menafikan yang dia pernah leka dan lalai dengan rakannya yang sentiasa inginkan hiburan dan akhirnya keseronokan dan hiburan itulah yang membenamkannya ke dunia kegagalan.Dia segera insaf.Sebagai pelajar,dia hanya perlu belajar.Itulah tanggungjawab mutlaknya.Baginya, keseronokan boleh dinikmati setelah berjaya.Dia rela berkorban itu semua demi kejayaannya.Dia juga sedar,keseronokan dan hiburan waktu remaja hanya bersifat sementara.
Setelah bermacam dugaan yang ditempuhi,akhirnya kejayaan yang diimpikan tercapai,,walaupun bukan dengan cara yang mudah seperti orang lain.Dia percaya ,jalan ke arah kejayaan bukan semestinya ditaburi dengan bunga.Dia tidak pernah kecewa dengan kegagalannya yang lalu.Baginya,usaha untuk memperbaikinya itulah yang lebih penting.Dengan syarat kesilapan itu tidak akan diulangi lagi.Dia tidak pernah menganggap kejayaan orang lain itu merupakan halangan bagi dirinya untuk berjaya.
Bagi dirinya lagi,kejayaan yang dikecapi sekarang bukan hak mutlaknya.Dia mampu dan patut untuk merasa bangga kerana dia telah membahagiakan keluarganya.Ayah,mak dan adik-adiknya juga berbangga atas kejayaanya itu.Dia merupakan contoh terbaik untuk adik-adiknya yang masih bersekolah.Prinsipnya cuma satu:Jika kita fikirkan cara kita itu cara yang terbaik untuk diri kita,teruskanlah.Jangan pedulikan orang lain.Orang lain mencaci cara kita mungkin kerana cemburu akan kejayaan kita yang mungkin menjelma..."

Perrgh..panjang gila.Di bawah ini aku sertakan salinan asal nukilan aku tew
Waktu ni rasanya aku belum reti guna komputer..dan belum memiliki komputer lagi waktu tu..so aku guna type writer jer la.ha..ha..

Aku harap gambar dan naskah asal nukilan aku ni akan tersimpan rapi supaya anak2 serta keturunan aku dapat menatapnya.Hati kecil aku kuat mengatakan bahawa nukilan aku ni akan kekal relevan sampai bila-bila.he..he

Wednesday, February 23, 2011

Berdikari:Diri ini menjadi lebih kuat

Berdikari melipat baju

Berdikari:Berdiri di atas kaki sendiri.Aku suka hidup berdikari.Sebab kita boleh menjadi diri sendiri dan tidak menjadi seperti lalang.Kita boleh ada prinsip hidup sendiri.Yes of course,kita memang perlu bantuan dari orang lain tapi biarlah berpada-pada.Katakanlah di suatu ketika,bantuan tidak diperolehi..apa akan jadi?Senang cakap aku bagi satu contohla..tayar kereta pancit dan perlu ditukar.Kita boleh cakap..oh aku banyak duit ,cantik seksi serta badan solid molid..gerenti akan ada pomen atau mana2 mamat boleh tolong tukar tayar punyalah.Tapi katakanlah tayar kita bocor waktu malam dan kawasan sunyi serta takder line tepon dan takda mamat2 yang sudi tolong sebab takut ko tu pontianak yang menyamar jadik pompuan cantik?..apa nak buat?..buat bodoh ke?lu pikirlah sendiri beb.


Satu contoh lagi.Kita nak minta tolong orang masak untuk kita di kenduri kawen misalnya..of course kita ada cita rasa sendiri.nak kurang garam ke gapo..tapi boleh ke kita nak control orang lain yang bantu kita tu?nak cakap bagi garam kurang..santan lebih etc.Silap2 haribulan orang tu kecik hati beb!.So,nak tak nak terpaksa lah kita korbankan kemahuan diri sendiri..dan menipu diri sendiri.Betul tak kawan2?

Berdikari memotong sayur

Berdikari juga boleh membantu kita menjadi lebih kuat dan bermaruah.Taklah kita ikut je apa orang lain cakap walaupun kita tahu orang tu bengap do'oh.Kita boleh jadi diri sendiri,dan tak mudah dipijak kepala oleh orang lain macam lembu.
Untuk berdikari pun tak boleh membabi buta.Ada keperluanya:

1.Ilmu pengetahuan yang tinggi
2.Keyakinan diri tahap gaban
3.Berani tanggung risiko
4.Sentiasa ada plan B,C,D....

Pendek kata..marilah kita semua hidup berdikari supaya kita jadi kuat dan tak mudah tewas kepada masalah.Dan pada masa yang sama,kita boleh memperbaiki kelemahan diri sendiri



p/s:timer kasih pada zura sebab membenarkan anak beliau menjadi model pada entry kali ni..he..he

Monday, February 14, 2011

Makan nasi paku di Kota Bharu:Tekak tak luka ker?

Kali ni entri aku pasal makanan lagik..nak buat macamana kan..hidup untuk makan.Bagi korang yang agak skeptikal,nasi paku mungkin bererti nasi berlaukkan pucuk paku..betul tak?..Anda semua salah.Meh , aku bawa korang jale2 caghi pasa kak so restoran ni..



Ha..ni dia.Nasi sumatera Hj Ismail.Actually restoran ni milik tokey cina tapi makanan di sediakan oleh Hj Ismail ni lah ( or the pekerja2).Korang boleh tengok ada mcm struktur bola pingpong...he..he.Restoran ni terkenal dek Nasi paku special.Aku dah berpuluh kali makan nasi paku tapi alhamdulillah takder satu paku pun yang terlekat di leher..nok tahu bakpo?.Scroll down please!!



Jeng..jeng.Surprise uols!!!.paku tu bukan sebagai lauk..tapi sebagai pengganti gelang getah!!..he..he.Tapi apa2 pun agak unik gitew,uols.Korang nak tahu apa dalam bungkusan ni?..jangan terkejut adik kakak yer


Nah..ambek ko!! Lauk aku adalah ( ikut putaran jam yer adik2): Begedil , telur pedas , telur ikan , taugeh , timun dan yang paling terbaek dari ladang adalah otak lembu masak gulai..itu,tok leh miss tu.Kuah nya plak adalah segala bapak jenis kuah yang ado kat situ.Ada jugak member2 yang claim lepas makan kt sini,rasa mengantuk semacam.tapi setakat ini,alhamdulillah aku tetap segar bugar dan hisham yang dahulu


Aku nak ambil gambar lauk pauk dier tapi tak berani sgt..sebak gapo?Biasolah..ore niago ke.Mano tahu set2 ni tok suko sangak rahsio terbongkar.Lauk yang aku nampak hari tu adalah seperti berikut :
1. Daging krutuk
2. Sotong masak sambal
3.Udang goreng besar ( Rm 15 seekor!!)
5.Paru2 lembu goreng
6.Telur ikan gulai
7. Hati dan limpa lembu

dan mcm2 lagilah..x larat tangan aku nak naip ni.Tapi korang nampok dok,pekerja kedai ni tengah cucuk paku kat kertas tu?..tak dapat bayangkan kalau kena kat tengkuk Cik Ponti..he..he


Abe ni mulonyo tok sey nok gambor..tapi biasalah kan..aku guna ayat power terus dia setuju.Aku panggil dia abe come sebaknyo muko mace budok2.he..he.Dier ni one of the workers yg agak glamer kat sini sebab pernah masuk paper you.Kira aku tumpang glamer dier lah ni.


So agak2nya.korang mesti dah tahu kenapa berat badan aku naik mendadak sejak menjadi warga Kelantan ni ( ye ker?)

Saturday, February 12, 2011

Restoran ekslusif vs gerai tepi jalan



Menu : Char Koey Teow Special
Air : Jus epal gelas canggih
Tempat : Restoran yg agak cool ( utk remaja) dan agak ekslusif
yg ada wifi , design cantik, ada astro
Masa menunggu : 10-15 minit
Penilaian : 1/10 ( uweeekk!!)

Ulasan : Sorry guys , aku bukan nak menghina makanan tapi aku mcm nak bom je kedai tu.What the mangkuk hayun apa kejadahnya benda ni dipanggil Char Koey Teow special?Aku tak kisah if tak sedap,,cuma benda alah ni langsung takder rasa mcm CKT! Kalau rupa hodoh pun tapi rasa ok..aku boleh accept.Korang nak tahu kuah dia rasa apa? Rasa sos cili yang dah diluted 10000x!!.Apa kejadahnya CKT letak lettuce?
Aku harap tolonglah sangat2 tokey kedai ni revise menu2 dia..Ko nak tunggu my idol Gordon Ramsay datang ke baru nak masak betul2?
Tentang air?..aku order jus epal..korang tahu macamana rasanya?..cuba korang amek epal hijau,potong kepada 12 bahagian secara menegak.Kemudian amek 1 bahagian dan blend.Then masukkan kedalam gelas besar ( lebih kurang 500 ml) then tambah air kosong sampai melimpah ruah..cuba korang minum!!

Menu : Cotek beserta kari tulang dan sambal bilis
Air : Teh Beng ( kaw giler !!)
Tempat : Restoran tepi jalan.
Masa menunggu : 2 minit
Penilaian : 11/10 ( Terbaek wook!)

Ulasan : Hati aku yg panas telah diubati dengan hidangan ini.Benda ni aku rasa ada kat kelantan jer.Aku x nak komen banyak2 sebab kalau barang baik..orang akan tahu sendiri.Korang nak rasa ..korang datang ke negeri Kelantan ni

Wednesday, October 20, 2010

Aku redha dengan hakikat ini..


Ketika mengambil wuduk baru2 ni...aku terimbas kembali akan suatu kejadian yang merubah hidup aku 1-2 tahun yang dulu..
Seperti biasa , sebelum solat aku akan mengambil wuduk (memang la kan).Tapi pada pagi itu ,setiap kali hendak mengambil wuduk secara duduk aku akan mengalami kesukaran yang amat dan amat sukar untuk diri ini bernafas. Aku mula merasa cemas..apakah punca semua ini?..adakah paru- paruku bermasalah.Aku mula terbayang wajah isteri dan keluargaku..adakah ajal aku semakin tiba?..Aku langsung tidak berharta ,apa kah yang aku patut wariskan kepada mereka?
Solatku tidak berapa khusyuk.Ya Allah..amat berat sekali dugaan ini.Adakah hatiku membengkak?.adakah paru-paruku menguncup..bermacam2 persoalan terlintas di benak fikiranku.Tapi jiwa ku agak kental, walaupun bersedih di atas ketentuan ini..tidak setitik pun air mata mengalir di pipi ini..
Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan kawanku yang merupakan seorg doktor perubatan.Pagi itu , amat dirasakan sekali kesayuan yang mengetuk jiwa ini.Aku redha akan apa jua yang bakal dikatakan oleh kawan ku itu.Aku tak boleh melawan ketentuanNya.ya Allah..tabahkanlah hatiku ini..
Aku amat pelik dengan kawan aku ni.Aku hanya duduk di kerusi ,dan kawanku telah tahu masalah penyakit ku ni .Hanya dua soalan yang terucap dari bibir beliau iaitu " Bro , kau dah kahwin berapa lama?". " dah 2 tahun dah ", balasku ringkas. " Anak dah berapa?"..soalan itu membuat aku terkedu.Apa maksud semua ini?Adakah esok atau lusa?..Menyedari air muka ku berubah , kawan aku terus berkata :

" Bro..kau ni baru 2 tahun kahwin , tapi perut mcm orang dah kahwin 5 tahun dan ada anak 5 .Ko tu dah boroi tahu tak..B.O.R.O.I!!!.Sebab tu ko tak leh ambil wuduk secara duduk .Perut kau tu dah kembang semangkuk dah !"

Dengan tidak semena - mena , kesunyian yang melingkari bilik itu dipecahkan oleh gelak ketawa macam pontianak ( kawan aku tu sedikit lembut ) dan ketawa yang terputus-putus ( aku lah tu ,kan aku ada semput ).
Sekarang, kini dan selamanya aku redha dengan hakikat yang aku telah menjadi boroi..biar boroi , asal bahagia..

Tuesday, October 19, 2010

Staf:Kuli ,orang suruhan atau...


Salam..aku bukan nak promote mek2 kat atas tu,apatah lagi carikan jodoh utk diorang..all are taken!! . Diorang ni staf aku kat tempat kejer.
Bagi aku , staf bawahan adalah suatu "entiti' yang amat penting dalam sesuatu organisasi.Diorang perlukan layanan yang sepatutnya..bukan terlalu baik.Juga bukan terlalu kejam.Diorang ni pelaksana apa yang dirancang.Bos tahu mengarah jer .Banyak juga aku jumpa di mana staf bawahan dianggap sebagai kuli , sampai terlambat buat kopi untuk bos pun kena marah!!
Aku harap bila dah jadi bos nanti ( kalau ada rezeki ) , aku jadi seorang bos yg baik...walaupun bukan baik sangat..
Anak buaya menari nari,
Sampai patah gigi,
Tanpa kamu siapalah kami ,
Kamilah si sang penilai SKT ,

Pau; Kuih atau perbuatan?

Anak ada duit?..pakcik lapar ni
Dapat kuih pau pun jadilah...

Pau..lapar plak bila ingat kuih pau..tapi bila diri yang naif ini, dipau..terus hilang selera makan..gambar2 nie aku amek waktu nak pergi bandar...kesian kat pakcik ni .Menjalankan aktiviti mengepau tengah panas..
2 hari lalu aku kena pau depan rumah oleh 2 orang makcik yang champion..mana ada orang berani pau depan rumah,makcik2 ni jer,,he..he
Waktu aku belajar kat KL dulu,,selalu juga kena pau,siap tahap nak buang aku kat sungai kalau tak bagi..Kurang asam betul!! taulah aku waktu tu slim dan ramping!!! kudrat tak kuat!!!
Kesimpulanya,kalau ada orang nak pau anda..jangan bagi duit,takut duit itu di gunakan di jalan tidak diredhai.Sebaliknya,bagilah kuih pau..lagi kenyang!!